Pengelasan iklim Köppen Iklim_Mediterranean

  •      Kawasan yang berkelas Köppen-Geiger Csa, Csb, Csc
  • Mengikut skim pengelasan iklim Köppen, iklim subtropika musim panas kering (Csa, Csb, Csc) sering disamakan dengan "Mediterranean". Mengikut sistem Köppen-Geiger, zon "C" mengalami suhu berpurata sekitar 10 °C (50 °F) pada musim panas, dan purata suhu musim sejuk antara −3 °C (26.6 °F) dan 18 °C (64 °F). Huruf kedua melambangkan pola kerpasannya, yang mana "s" mewakili musim panas kering. Bulan terkering pada musim panas menerima kurang 30 mm purata kerpasannya atau kurang satu pertiga kerpasan terlembap pada musim sejuk. Huruf ketiga menandakan takat bahang musim panas, iaitu "a" sebagai suhu purata bulan terpanas melebihi 22 °C (72 °F) dengan sekurang-kurangnya 4 bulan yang berpurata melebihi 10 °C (50 °F), manakala "b" menandakan bulan terpanas berpurata di bawah 22 °C, tetapi sekurang-kurangnya 4 bulan yang berpurata melebihi 10 °C.

    Mengikut pengelasan ini, iklim subtropika musim panas kering (Csa, Csb) biasanya dialami di kawasan barat benua, dan zon Csb merangkumi kawasan lain yang biasanya tidak dikaitkan dengan iklim Mediterranean biasa, seperti Barat Laut Pasifik, Chile selatan, beberapa bahagian Argentina barat, dan bahagian utara Sepanyol dan Portugal.[2] Kebanyakan kawasan ini adalah beriklim lautan (Cfb), kecuali pola musim panas kering yang memenuhi piawaianCs, dan bandaraya-bandaraya seperti Seattle, Portland dan Victoria boleh dikelaskan sebagai Csb. Kawasan tanah tinggi yang lain dalam subtropika juga memenuhi keperulan Cs, meskipun juga tidak biasa dikaitkan dengan iklim Mediterranean.

    Mengikut sistem yang diubahsuai oleh Trewartha, disemaknya dua keperluan utama untuk iklim Cs, iaitu sekurang-kurangnya 8 bulan harus mengalami suhu purata sekurang-kurangnya 10 °C dan purata kerpasan tahunan tidak boleh melebihi 900 mm (35 inci). Oleh itu, mengikut sistem ini, banyak zon Csb (termasuk Barat Laut Pasifik), menjadi Iklim Lautan DO.

    Rujukan

    WikiPedia: Iklim_Mediterranean http://www.bom.gov.au/climate/averages/tables/cw_0... http://www.climate-charts.com/Locations/a/AU946720... http://www.climate-charts.com/Locations/s/SP08181.... http://www.climate-charts.com/Locations/u/UA68816.... http://br.weather.com/weather/climatology/ITXX0139 http://uk.weather.com/weather/climatology/CIXX0020... http://www.uwsp.edu/geo/faculty/ritter/geog101/tex... http://www.aemet.es/es/elclima/datosclimatologicos... http://www.ims.gov.il/IMS/CLIMATE http://www.hydrol-earth-syst-sci.net/11/1633/2007/...